Bergandingan Dengan Lee Sungkyung, Lee Dongwook Mula Penggambaran Drama ‘The Good Man’

Entertainment
2 May 2024 • 1:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “A Shop For Killers”, Lee Dong-wook akan kembali dengan drama baru tak lama lagi!

Untuk pengetahuan, Lee Dong-wook telah disahkan akan terajui drama “The Good Man”, dijangka akan bergandingan dengan Lee Sung-kyung.

Menerusi foto yang dikongsi, pelakon lelaki itu nampaknya sudah pun mula menjalani penggambaran untuk drama tersebut, membuatkan penonton teruja.

Bagi yang belum tahu, “The Good Man” ialah kisah gelak tawa dan tangisan mengenai kehidupan yang dilalui Seok-cheol, anak sulung keluarga gangster generasi ketiga di mana dia sanggup melakukan apa sahaja bagi melindungi keluarga, cinta dan kerjaya.

Sementara itu, drama ini juga akan dibintangi oleh ramai pelakon hebat lain termasuk Ryu Hye-young, Joo Woo-jin, Yoo Jae-myung dan ramai lagi.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.