
Bergaya ala-ala selebriti Korea dengan membeli-belah di MLB. Kasut, pakaian, aksesori semuanya nampak vazz
MLB, salah satu jenama gaya hidup premium terhangat dan paling bergaya di Asia, kini telah dibuka secara rasminya di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Setakat ini, MLB mempunyai lebih 650 premis di seluruh Asia termasuk di Hong Kong, Macau, Taiwan, China, Vietnam, Thailand dan Singapura.


Label yang mula diperkenalkan di Korea pada tahun 1997 itu antara lain menggabungkan gaya hidup dan fesyen seperti pakaian, kasut dan aksesori untuk lelaki mahupun wanita.
MLB dalam satu kenyataan berkata, kumpulan aespa yang merupakan selebriti terkenal Korea dilantik mewakili jenama itu.


“Sesuai dengan jenama MLB, aespa melambangkan generasi baharu yang tersendiri dan dengan stail fesyen mewah,” kata kenyataan tersebut itu lagi.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
The post Bergaya ala-ala selebriti Korea dengan membeli-belah di butik MLB. Kasut, pakaian, aksesori semuanya nampak vazz appeared first on Sinar Plus.


