Bergaya dengan dress putih, penampilan Maria Farida di pantai macam anak dara!

Women's Fashion
6 Jun 2024 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penampilan Maria Farida sememangnya kerap menjadi sorotan memandangkan tetap cantik di usia lebih 50an.

Bergaya dengan dress putih

Kali ini, pelakon hebat itu telah berkongsi gambar sewaktu berada di tepi pantai dengan mengenakan dress putih yang sedikit terdedah sehingga mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, dengan tubuh yang langsing dan raut wajah tidak dimamah usia, ramai menyifatkan pelakon berkenaan seperti anak dara.

image is not available

Penampilan Maria Farida cukup menarik di birthday party sahabat

Dalam perkongsian tersebut, Maria atau nama sebenarnya, Datin Sri Maria Farida Atienza, 55 meluahkan rasa syukur dengan suasana cantik di pantai berkenaan serta memaklumkan kehadirannya di sana adalah untuk meraikan hari lahir sahabatnya, sosialit terkenal, Ezurin Khyra.

image is not available

Penampilan Maria Farida terima pujian

Perkongsian tersebut sudah tentu menghadirkan pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-rata memuji penampilan pelakon tersebut yang cukup menawam.

Ada juga yang bertanyakan tentang tips kekal kurus dan awet muda daripada Maria Farida kerana kagum dengan bentuk badan selebriti berkenaan yang langsung tidak menunjukkan usia sebenar.

image is not available

Kulit tetap cantik walau usia bertambah

 

image is not available

Macam anak dara!

 

image is not available

Tips kurus please!

 

image is not available

 

Sekadar info, Maria Farida telah aktif sebagai model dan pelakon sejak tahun 1991 lagi. Dia juga merupakan ahli perniagaan wanita apabila mengeluarkan produk kecantikkan sendiri sekitar tahun 2018.

Selebriti yang mempunyai darah campuran Melayu dan Filipina ini telah mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Sri Rahman Shakur pada November 2015.

Walau bagaimanapun, dia juga merupakan seorang ibu apabila mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram mariafarida