‘Bergedik’ ulat dalam coklat popular

LocalFood
17 Aug 2026 • 7:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bergedik’ ulat dalam coklat popular

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut dan geli selepas mendakwa menemukan ulat pada coklat yang dimakannya ketika hanya berbaki dua bar untuk dihabiskan.

Lebih membimbangkan, wanita yang menggunakan nama pengguna @Najwaaasrah di Threads itu memaklumkan dia kini sedang hamil dan berharap kejadian tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap dirinya.

Menerusi hantaran yang tular itu, wanita berkenaan turut memuat naik rakaman memaparkan keadaan coklat tersebut yang kelihatan mempunyai objek kecil dipercayai ulat pada bahagian dalamnya.

“Dah tinggal sikit baru perasan. Tengok balik dalam plastik coklat itu memang nampak macam dah berhabuk, mungkin ada bocor. Dah la tengah hamil, harap tak ada apa-apa. Sumpah trauma dah makan coklat ini,” katanya.

Menjengah ruangan komen, beberapa pengguna mendakwa pernah berdepan pengalaman hampir sama ketika membeli produk coklat, termasuk daripada jenama berbeza.

Seorang pengguna, @Aidil_kentang mendakwa pernah menemukan ulat pada kesemua enam coklat yang dibelinya suatu ketika dahulu.

“Saya pernah kena, tetapi coklat jenama lain. Beli yang enam ketul, kesemua enam ketul itu berulat. Tetapi masa itu zaman WeChat, belum zaman viral lagi,” katanya.

Sementara itu, pengguna @Minashare_ turut mendakwa pernah melihat isu sama tular sebelum ini dan terkejut apabila kejadian seumpama itu didakwa masih berlaku.

“Sebelum ini pun pernah tular kejadian ulat ditemukan dalam coklat jenama ini. Rupanya masih ada lagi kejadian seperti ini,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @Lizzra_esor pula berkongsi pengalaman menemukan ulat dalam coklat berkacang daripada jenama lain sehingga menyebabkan dia tidak lagi gemar membeli coklat jenis tersebut.

“Saya pernah mengalami kejadian sama sebelum ini, tetapi membabitkan coklat jenama yang lain. Selepas kejadian itu, saya tidak lagi gemar makan coklat yang mempunyai kacang dan hanya membeli coklat biasa.

“Ini kerana saya percaya ulat tersebut datang daripada kacang yang terdapat di dalam coklat berkenaan,” katanya.
– KOSMO! ONLINE

The post ‘Bergedik’ ulat dalam coklat popular appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved