‘Bergegar badan tahan gelak, cakap bahasa Melayu sajalah’

Opinion
30 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bergegar badan tahan gelak, cakap bahasa Melayu sajalah’

NAMA penerbit Datuk A. Aida kembali mencuri perhatian apabila memberikan pandangan mengenai segelintir individu terlalu memaksa diri bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun sebutan masih belum lancar.

Tegurannya cukup pedas, tetapi Diva tidak dapat menafikan ada sedikit kebenaran di sebalik sindiran tersebut.

“Kalau tak pandai cakap bahasa Inggeris, cakap sajalah bahasa Melayu. Bukannya saya hendak marah, tetapi bergegar satu badan menahan gelak,” katanya berseloroh.

Diva setuju dengan pandangan ibu kepada Azeva itu. Tiada apa perlu dimalukan jika memilih bahasa Melayu, lebih-lebih lagi apabila itu bahasa paling selesa digunakan.

Jangan terlalu ghairah mahu kelihatan bijak atau bertaraf antarabangsa, tetapi akhirnya sebutan tersangkut-sangkut sampai orang di hadapan pula pening nak faham.

Bahasa bukan medan menunjuk status. Kalau belum fasih, sila belajar. Jika tidak yakin, gunakan bahasa sendiri. Malah, ramai tokoh hebat dunia pun tidak malu bertutur dalam bahasa ibunda.

Diva juga mahu ingatkan, teguran juga perlu berpada-pada. Jangan sampai mengejek individu kurang fasih sehingga mematahkan semangat mahu belajar.

Ambillah kelas, banyakkan membaca, menonton dan berlatih. Paling penting, jangan cuba menjadi orang lain semata-mata mahu nampak hebat.

DIVA: Ramai hentam cara Raja Azura kendalikan Kilauan Emas Selebriti. Aduhai, hos pun manusia ter’over’ sikit biasalah.

The post ‘Bergegar badan tahan gelak, cakap bahasa Melayu sajalah’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved