Berhabis Ribuan Pound Buat Muka, Model Terkenal Tak Kisah Pipi Besar Dan Pelik

16 May 2023 • 8:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular perubahan drastik pada wajah model terkenal, Ukraine

Berhabis Ribuan Pound Buat Muka, Model Terkenal Tak Kisah Pipi Besar Dan Pelik. Peminat terkejut apabila model terkenal Ukraine mempunyai ‘pipi terbesar dunia’ itu mendedahkan wajahnya sebelum pembedahan.

Menurut Mirror UK, model yang dikenali sebagai Anastasia Pokreshchuk itu membuat perkongsian gambar perbandingan wajahnya sebelum dan selepas pembedahan di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsiannya itu, wajah Anastasia Pokreshchuk jelas berbeza hasil selepas dia membelanjakan ribuan pound untuk pembedahan estetik.

image is not available
Sumber: Cari

Malah, rambutnya juga bertukar menjadi warna ‘hot pink’

Bukan itu sahaja, rambut model itu kini berwarna merah jambu terang, malah dia mempunyai solekan dramatik pada tulang pipi dan dagunya, serta bibirnya lebih lebar.

Dia berkongsi foto itu dengan 93,000 pengikutnya di media sosial, yang turut mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Pelbagai reaksi dari peminat, ada yang suka, ada yang tidak suka dengan wajah baharunya

Menurut laporan, majoriti netizen yang melihat foto itu lebih menyukai wajah asal Anastasia, manakala segelintir netizen turut menyukai penampilan wajah baharunya itu.

image is not available
Sumber: Mirror UK

Dipercayai Anastasia telah melakukan perubahan wajah (facelift) sejak dia berumur 26 tahun, bermula dengan bibir dan suntikan botox ke dahinya.

Selain pipi, Anastasia juga mewarnakan rambutnya, memasang venir pada gigi dan melakukan prosedur pembesaran payudara.

Pembedahan dibuat kerana untuk meningkatkan keyakinan

Dalam pada itu, model berusia 34 tahun itu turut menyatakan bahawa dia melakukan perubahan tersebut untuk meningkatkan keyakinan dirinya.

“Sebelum ini ibu merasakan saya cantik semula jadi namun kini dia rasa saya lebih eksotik. Rakan pula berkata penampilan baru saya lebih baik kerana sebelum ini saya kelihatan seperti tikus kelabu,” ujarnya.

Baca juga artikel yang berkaitan: