Berhabis RM3,000 jahit baju tema Malaysia Madani

31 Aug 2023 • 4:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohammad Jamil menghabiskan RM3,000 untuk menjahit sendiri baju bertemakan Malaysia Madani sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023. bertempat di Dataran Putrajaya pada Khamis.

image is not available
Mohammad Jamil bersama anaknya, Irha, ketika sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertempat di Dataran Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA - Seorang tukang jahit sanggup berhabis ribuan ringgit bagi menjahit pakaian untuk diperagakan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, pada Khamis.

Mohammad Jamil Abdul Hamid, 64, berkata, setiap tahun dia memperagakan baju yang dijahit sendiri dengan tema berbeza dan tidak pernah terlepas peluang untuk menyaksikan acara tersebut bersama anaknya, Irha Mohammad Jamil, 15.

“Tema baju yang saya hasilkan pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini adalah Malaysia Madani.

**media[2327653]**

“Walaupun habis RM3,000 untuk baju ini, saya tidak kisah kerana ia menunjukkan semangat patriotisme saya terhadap kemerdekaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di perkarangan Dataran Putrajaya pada Khamis.

Dia yang masih berkhidmat sebagai tukang jahit pakaian seragam untuk Johor Military Force (JMF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memaklumkan, sambutan kemerdekaan kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya.

Mohammad Jamil mengakui masih teruja dengan persembahan tarian, nyanyian serta perbarisan daripada kesemua anggota yang terlibat.

"Saya bersama ahli keluarga lain hadir pada jam 5.30 pagi dan sering meraikan sambutan hari kebangsaan itu sejak 25 tahun lepas,

“Setiap tahun saya datang raikan dan nampak perbezaannya setiap tahun. Alhamdulillah sambutan kali ini lebih meriah berbanding tahun lepas,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: