“Berhak Bahagia..” – Tular Dakwaan Ziana Zain Berkahwin Lagi?

Entertainment
19 Feb 2024 • 9:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok mengenai satu video memaparkan penyanyi tersohor negara, Ziana Zain menerima ucapan tahniah oleh netizen.

Dalam video tersebut, pelantun lagu Madah Berhelah itu ditata rias cantik dan turut mengenakan busana putih seperti pengantin.

Ziana Zain disolek seperti pengantin

Malah, kapsyen video tersebut turut mengundang spekulasi yang mendakwa penyanyi bersuara lunak itu bakal mendirikan rumah tangga kali kedua.

Ruangan komen hantaran video TikTok itu juga dihujani dengan ucapan tahniah dan pertanyaan netizen tentang kebenaran dakwaan tersebut.

Ramai yang ‘approve’ Ziana kahwin

Kata netizen, Ziana Zain berhak mencari kebahagiaan dan ramai yang meninggalkan ucapan tahniah jika dakwaan kahwin itu benar.

Sekadar info, Ziana Zain pernah bernikah bersama Armin Zaharin pada Mei 1998 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Namun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada Julai 2018.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

(VIDEO) "Mesti Banyak Tokti Bagi.." - Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Buat Ibu Tersayang Jadi Tumpuan Warga Maya