
Teknologi moden menyaksikan kita berupaya membuat panggilan video hari ini. Sekaligus, menyemarakkan kasih yang terjalin merentasi jarak jauh yang tidak dapat diisi oleh panggilan telefon semata-mata.
Tetapi panggilan video membawa risiko baru, khususnya daripada individu yang tidak dikenali. Saya ingin menceritakan dua kisah benar mengenai panggilan video yang diterima dua individu daripada individu yang tidak dikenali. Identiti kedua-dua individu ini tidak akan didedahkan demi kerahsiaan.
Kisah pertama melibatkan seorang lelaki yang sudah berkeluarga. Dia amat menyayangi keluarganya. Beberapa bulan lepas, dia telah mendapat satu tugasan di sebuah negara jiran. Ketika dia berada di negara tersebut, dia telah memuatturun satu aplikasi telefon yang khusus untuk menyesuaikenalkan temu janji perkenalan dengan harapan bertemu dengan seorang gadis tempatan. Seorang gadis tempatan menghubunginya, dan mereka mula berbual. Perbualan mereka kian lama kian bersifat intim. Selepas itu, mereka mula membuat panggilan video. Dalam panggilan video mereka, mereka turut merakamkan aktiviti beronani masing-masing. Tanpa dia sedar, gadis berkenaan turut merakamkan tindakan mereka. Sebuah organisasi lain telah mengupah gadis berkenaan untuk mengenakan dia.
Gadis berkenaan merakamkan tindakan mereka bersama dalam panggilan video tersebut dan telah menyerahkan rakaman tersebut kepada organisasi berkenaan. Organisasi berkenaan kemudiannya menggunakan rakaman video tersebut untuk menghasilkan isu diplomatik, memaksa majikan lelaki tersebut untuk menarik dia kembali ke negara. Akibat kes berkenaan, majikan dia hilang kepercayaan terhadap dia, dan perkahwinan dia di ambang retak.
Kisah kedua melibatkan seorang lelaki muda dengan kerjaya dengan laluan yang cerah, serta baharu berkeluarga. Dia menerima notifikasi rakan baharu dalam aplikasi Facebook. Tanpa berfikir panjang, dia telah menerima kawan baharu tersebut.
Tidak lama kemudian, aplikasi Facebook messenger dia berbunyi. Dia menerima panggilan video tersebut dan suara seorang wanita di sebalik video tersebut. Mereka berbual pendek.
Kemudian, dia menerima mesej bertalu-talu daripada ‘kawan baharu’ tadi. ‘Kawan baharu’ tadi telah merakamkan perbualan mereka dan telah mengubahsuai video berkenaan seolah-olah dia telah membuat panggilan video seks. ‘Kawan baharu’ tadi mengugut yang dia akan menyebarkan rakaman video tadi.
Lelaki tersebut tidak mudah diugut. Seorang yang bersifat jantan macho, dia suruh pengugut tadi untuk terus sebarkan sahaja video berkenaan, serta mengutuk pilihan ‘bintang lucah’ yang digunakan dalam video yang telah diubahsuai itu yang pada hemat dia tidak cukup hebat. Ketika dia menceritakan kisah ini kepada saya, saya teringatkan kisah kegagalan agensi perisikan KGB Kesatuan Soviet yang cuba mengugut Presiden pertama Indonesia, Soekarno dengan rakaman video seks beliau dengan sekumpulan pramugara Russia yang dibuat secara rahsia ketika beliau membuat lawatan rasmi ke negara berkenaan. Apabila dia menerima ugutan tersebut, bukan sahaja dia tidak risau, malah telah meminta rakaman tersebut untuk dikongsikan kepada pegawai-pegawainya. Agensi perisikan Amerika Syarikat CIA turut mencuba nasib dengan sebuah rakaman dengan individu yang mirip dengan beliau. Kedua-dua ugutan tersebut tidak berhasil.

Si pengugut cuba memaksa dia membayar wang ugutan, tetapi kawan tersebut cuma menyahaktifkan Facebook dia sahaja. Sekaligus, ugutan tersebut mati begitu sahaja.

Saya berharap kedua-dua kisah ini akan mengingatkan kita agar lebih berhati-hati ketika menerima panggilan video daripada individu yang tidak dikenali. Sekiranya perlu menerima panggilan video, adalah baik untuk mengenali mereka terlebih dahulu.

Danny Liew adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
