Berhenti Kerja Makan Gaji, Suami Isteri Raih RM12,000 Sebulan Jual Donut

23 Aug 2023 • 10:17 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keputusan untuk berhenti kerja membuahkan hasil apabila sepasang suami isteri berjaya meraih pendapatan RM12,000 sebulan selepas membangunkan perniagaan menjual donut sepenuh masa.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Haayul Hadman, 25, dan suaminya Muhammad Alif Yahya, 26, berasal dari Felda Bukit Waha mempunyai minat dalam perniagaan pembuatan kek dan roti.

Jelasnya, mereka akan menggunakan empat hingga lima kilogram sehari untuk memproses adunan dimana lebih 200 biji dibuat pada setiap hari.

image is not available

“Sebelum ini saya be­kerja makan gaji tetapi selepas berkahwin, saya dan suami sepakat untuk sama-sama membuka perniagaan donut yang diproses di rumah mentua.

Kami menggunakan empat hingga lima kilogram tepung sehari untuk diuli. Kami akan mula memproses pada pukul 9 pagi hingga 4 petang dan mula berjualan pada pukul 5 petang.

“Syukur alhamdulillah sambutan terhadap donut kami sungguh baik apabila lebih 200 keping yang dibuat setiap hari, kadangkala habis dalam tempoh setengah jam,” katanya.

image is not available

Bukan itu sahaja, Haayul berkata proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dilakukan berulang kali demi menghasilkan donut yang lembut dan enak.

“Saya sebelum ini belajar sendiri membuat donut dan juga terus belajar lagi dengan seorang guru. Dengan pengalaman dan ilmu diperoleh, saya campurkan kedua-dua ilmu untuk R&D.

“Tidak dinafikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suatu ketika dahulu ramai pengusaha donut muncul, namun ramai yang tidak bertahan lama,” ujarnya lagi.

image is not available

Sumber: Utusan Malaysia (Masturah Suradi)