Berhenti Kerja Polis Demi Gaji Tiga Kali Ganda, Wanita Ini Akui Lebih Selesa Jadi ‘Bodyguard’

10 Feb 2023 • 6:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendedahkan kisahnya sanggup berhenti dari bekerja dengan sektor kerajaan.

Wanita yang dikenali sebagai Ameyza Yaacob itu memberitahu dirinya telah menerima tawaran yang lebih baik dari sebuah syarikat swasta sewaktu bekerja sebagai seorang anggota polis.

Tidak menyesal

image is not available

Ameyza juga berkongsi bahawa dia telah berkhidmat selama lima tahun di bahagian Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berhenti pada 2019. Dia juga mengakui dirinya tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat itu.

Mengenai pencen, benda tu saya dah hadap sejak resign sehingga sekarang. Orang tanya, tak sayang ke? Rugi sebab kerja kerajaan ada pencen. Macam saya, saya dah buat keputusan, kenapa nak menyesal?

Wanita yang bekerja sebagai pengawal peribadi itu juga percaya bahawa tawaran yang diberikan itu merupakan salah satu rezeki yang diberi oleh Tuhan.

Saya ada mak ayah yang perlu disara. Bila ada tawaran yang lebih baik, gaji tiga kali ganda berbanding gaji lama, kenapa saya perlu lepaskan benda ini. Rezeki Allah itu luas, bukan dalam sektor kerajaan saja.

Dalam pada masa yang sama, Ameyza juga tidak mengambil peduli akan tanggapan buruk masyarakat disebabkan oleh tindakannya. Memang terbaiklah Ameyza, boleh jadi inspirasi betul!

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved