
Berhenti Lepas 40 Tahun Berbakti, Ramai Terkejut Tengok Jumlah Gaji Terakhir Guru Ini
Benarlah ungkapan bahawa guru itu umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Walaupun tidak dilihat oleh orang lain, sebenarnya banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru demi pelajar mereka.
Malah, ada guru yang tidak jemu mendidik selama puluhan tahun demi melihat generasi akan datang mempunyai masa depan yang lebih cerah.
Namun, perkongsian oleh seorang guru di Indonesia baru-baru ini mencuri tumpuan netizen di sana.
Gaji cuma RM94
Selepas 40 tahun mengajar, guru wanita itu memutuskan untuk berhenti.
Dalam masa yang sama, dia juga menunjukkan jumlah gaji terakhir yang diterimanya.

"Saya Puan Ijah, pada bulan Jun 2026 ini saya memutuskn untuk berhenti menjadi guru selepas 40 tahun mengabdi dengan membawa gaji terakhir Rp414,000 (RM94.54)," katanya dalam satu video di TikTok.
Menerusi video itu, Ijah dilihat mengeluarkan wang dari sampul dan mengira satu persatu jumlah wang tersebut.
"Bukan pamer, hanya sekadar mengungkap fakta," katanya.
Perkongsian itu semestinya menerima pelbagai respon dari netizen. Ada yang tidak menyangka bahawa gaji guru di sana tidak setimpal dengan hasil kerja keras yang dilakukan.
Ijah menerusi ruangan komen berkata dia merupakan guru honorer iaitu guru yang bekerja secara kontrak atau sementara dan bukan sebagai penjawat awam tetap.
Baca juga:
Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut
Prabowo Dedah Kenapa Gaji Guru Indonesia Sukar Dinaikkan
Menurut beberapa komen netizen, gaji guru honorer sememangnya tidak sama dengan guru tetap di bawah kerajaan.
Pun begitu, ada juga yang mempersoalkan kenapa gaji masih tidak naik walaupun sudah berkhidmat dalam tempoh yang lama.


