“Berhenti Tanya Dia Dekat Mana, Bila Dia Kahwin” – Adik Shila Amzah

Entertainment
16 Jul 2023 • 3:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum sedia maklum, penyanyi Shila Amzah telah mengikat tali pertunangan dengan Youtuber dikenali sebagai Ubai. Adik Shila Amzah iaitu Syada mengaku terima tempias apabila kerap diajukan soalan mengenai perkahwinan pasangan itu.

Syada menerusi satu hantaran di Instagram Story berkata, dia sama sekali tak tahu di mana kakaknya berada dan bila pernikahan akan berlangsung.

image is not available

Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah juga berpesan supaya pengikut tak forward hantaran yang dibuatnya di Instagram kepada kakak.

image is not available

Jelasnya, Shila tak selesa dengan perkara itu dan dia boleh lihat sendiri jika mahu kerana Syada meletakkan setting kepada umum.

Oh iyalah, memang adik beradik tetapi masing-masing ada kehidupan sendiri kan? Didoakan semoga segala urusan pernikahan Shila dan Ubai dipermudahkan.

Kredit: Instagram Syada Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.