Beri kami ruang lalui masa sukar - Toh Puan Na'imah

LocalPolitics
13 Nov 2024 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Toh Puan Na'imah menyiram air mawar ke pusara Allahyarham.

KUALA LUMPUR - Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid memohon diberi ruang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media.

Beliau ketika ditemui media memberitahu memerlukan sedikit masa memandangkan keluarga masih bersedih atas pemergian Allahyarham.

“Kami akan keluarkan kenyataan rasmi kemudian, ini adalah masa sukar untuk kami sekeluarga.

“Terima kasih atas sokongan dan doa rakyat Malaysia untuk Allahyarham.

“Kita manusia kerdil di sisi tuhan dan tidak lari dari melakukan kesilapan.

"Mohon terus doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya selepas selesai majlis pengebumian bekas menteri kewangan itu pada Rabu.

Tun Daim menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kediaman di Bukit Tunku bagi upacara penghormatan terakhir dan disolatkan di Masjid Wilayah seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 pada jam 6.06 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved