Beri Laluan Pembinaan Stesen ART, Tempat Letak Kenderaan Di Airport Kuching Bakal Diubah Suai

19 Oct 2024 • 10:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pembinaan serta ubah suai tempat letak kenderaan Airport Kuching sudah bermula

Beri Laluan Pembinaan Stesen ART, Tempat Letak Kenderaan Di Airport Kuching Bakal Diubah Suai. Dilaporkan Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) telah mengumumkan bahawa tempat letak kenderaan sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching akan diubah suai bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Rapid Autonomi (ART) di kawasan tersebut.

Sebagai langkah susulan, tempat letak kenderaan baharu akan dibina di lapangan terbang itu, menurut kenyataan yang disiarkan di media sosial oleh Sarawak Metro.

image is not available
Beri Laluan Pembinaan Stesen ART, Tempat Letak Kenderaan Di Airport Kuching Bakal Diubah Suai. Sumber gambar: FB Sarawak Metro

Pembinaan mulai 17 Oktober hingga 16 Januari 2025

Kerja pembinaan tempat letak kenderaan baharu tersebut telah bermula sejak 17 Oktober dan dijangka akan berterusan sehingga 16 Januari tahun hadapan.

Oleh itu pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut serta mematuhi semua langkah pengurusan trafik, tanda amaran jalan raya, dan had laju yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan semua pihak, ujar Sarawak Metro.

image is not available
Sumber gambar: FB Sarawak Metro

Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending

Sementara itu, dalam notis yang dikeluarkan, Sarawak Metro turut menyatakan bahawa pembinaan tempat letak kenderaan ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja infrastruktur untuk Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending di bawah Fasa 1 projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching.

Kerja pembinaan tersebut akan dilaksanakan dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang dan 7.00 malam hingga 4.30 pagi.

Lagi artikel mengenai ART Sarawak di sini: