
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) hukuman penjara sehari, kerana memberi laporan palsu kepada seorang anggota polis, Jumaat lepas.
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Jufri Tee Abdullah, 62, selepas beliau mengaku bersalah ke atas pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.
Lelaki itu didakwa memberikan laporan palsu kepada seorang anggota polis berpangkat konstabel di Pondok Polis UTC Pudu, Jalan Pudu di sini, pada 10.06 malam, 3 Mei, mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, manakala peguam Nurul Diyana Basher dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon denda minimum atas alasan anak guamnya seorang OKU.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Anak guam saya yang mempunyai masalah pada mata, kaki dan tangan kanannya tidak mempunyai pekerjaan, serta tidak mempunyai keluarga. Saya harap puan (Majistret) dapat mempertimbangkan rayuan saya dan memohon agar denda minima diberikan kepada anak guam saya,” kata peguam itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
