Beri Minyak Percuma Hingga Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas, Caprice Tampil Mohon Maaf [Video]

24 Sep 2022 • 2:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Caprice mohon maaf sebabkan kesesakan lalu lintas

Beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial apabila penyayi rap terkenal, Caprice membuat pengumuman akan memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk memberi minyak petrol secara percuma kepada warga kota.

Bukan itu sahaja, dia juga akan memberikan barangan terhad kepada 10 orang terawal yang tiba di stesen Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur pada hari tersebut.

Ramai datang hingga lalu lintas sesak, ada yang merungut

Susulan daripada pengumuman itu, ramai yang berpusu-pusu ke stesen berkenaan hingga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas teruk di kawasan berhampiran.

Ia menimbulkan rungutan di kalangan penduduk setempat dan turut dibangkitkan di media sosial.

Caprice tampil mohon maaf tak sangka dapat sambutan

Caprice kemudiannya tampil memohon maaf kerana telah menyebabkan kesesakan tersebut dan tidak sangka akan mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari orang ramai.

“Pertama sekali saya ingin mohon maaf kepada mereka di Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehingga ke Ampang.

“Kita tak sangka kecoh, havoc dan jem sampai Ampang. Walaupun kami mempunyai anggota RELA dan polis tetapi kami tidak dapat mengawal keadaan lalu lintas yang sesak.

“Oleh itu, sebagai penganjur saya mohon maaf,” jelas penyanyi rap itu.

Petrol habis, stesen minyak terpaksa ditutup

Menurutnya, stesen minyak itu juga terpaksa ditutup disebabkan kehabisan minyak petrol untuk diberikan pada orang ramai yang masih beratur menanti giliran mereka.

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa kecewanya kerana ramai pengguna dari kalangan penjawat awam seperti aksar dan juga jururawat yang sudah beratur tetapi tidak berpeluang untuk mengisi minyak.

“Saya rasa sangat-sangat bersalah, kerana keluarga saya pun merupakan kakitangan kerajaan,” katanya lagi.

Akan buat lagi khusus untuk penjawat awam di KL, manakala di Pulau Pinang untuk orang ramai

Sehubungan itu, dia membuat keputusan untuk mengadakan sekali lagi pemberian minyak secara percuma khususnya buat kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur dan memaklumkan akan melakukan perkara yang sama di Pulau Pinang.

“Doakan supaya pasukan saya dapat mencapai target jualan dan KPI. Jadi kita boleh buat duit dan belanja rakyat,” jelasnya lagi.

Ada yang beratur 3 jam

Menjengah ke ruangan komen, ada yang beratur hampir 3 jam untuk mendapatkan minyak petrol secara percuma berkenaan.

Tidak kurang juga yang memberi cadangan agar acara seperti itu dilakukan di negeri lain juga.

‘Bagus Cap, kami kakitangan kerajaan tak dapat tadi sebab minyak habis. Saya beratur hampir 3 jam’

image is not available

‘Dia punya jem tadi fuhh, tak relax’

image is not available

‘Bila nak buat di Perlis’

image is not available