‘Beri peluang KDMR pegang jawatan Yang di-Pertua Negeri’

Politics
29 Sep 2022 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KIULU: Sudah tiba masa seorang pemimpin daripada kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) bukan Islam di negeri ini diberi peluang untuk memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri atas nama kesamarataan dan solidariti dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) Dr Benedict Topin berkata, mereka menyokong cadangan KDCA mencalonkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Negeri yang baru.

Menurutnya, tiada sebab kenapa kerajaan terus menerus menafikan hak kaum KDRM bukan Islam untuk memegang jawatan itu selepas 50 tahun pembentukan Malaysia.