Beri penekanan holistik melalui konsert

LocalEntertainment
7 Jul 2025 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KUMPULAN Orkestra Sekolah Menengah Kian Kok berjaya mengadakan konsert tahunan bertemakan “From Screen to Stage” pada malam Sabtu.

Bertempat di auditorium sekolah berkenaan konsert terbabit menggabungkan karya klasik filem yang bukan sahaja menampilkan bakat muzik luar biasa pelajar tetapi turut menyerlahkan komitmen sekolah terhadap pendidikan holistik.

Pengerusi Lembaga Datuk Clement Yeh berkata beliau menekankan bahawa Sekolah Menengah Kian Kok sentiasa berpegang kepada falsafah pendidikan yang menyeimbangkan pencapaian akademik dengan pembangunan sahsiah bagi menggalakkan perkembangan menyeluruh pelajar dalam etika, intelek, kesihatan jasmani, kemahiran sosial, estetika dan kerja tangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Misi sekolah mesti melangkaui buku teks dan peperiksaan. Pendidikan yang benar-benar cemerlang membimbing pelajar menjadi individu yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berhati mulia,” katanya ketika berucap.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para guru yang berdedikasi serta sokongan padu ibu bapa yang membolehkan pelajar-pelajar mengejar impian mereka tanpa kebimbangan.

Turut hadir Penasihat Kehormat Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Kian Kok Sekolah Wong Chow Hin.

Dalam pada itu Wong menyatakan konsert terbabit bukan sekadar persembahan biasa namun sebaliknya gambaran jelas tentang falsafah pendidikan holistik Sekolah Menengah Kian Kok.

Beliau memuji kegigihan pelajar berlatih muzik di samping menunaikan tanggungjawab akademik sekali gus membuktikan bukan sahaja kemahiran teknikal tetapi juga semangat daya tahan, kerjasama dan rasa syukur.

Sementara itu pentas konsert dibuka dengan tema hebat daripada Jurassic Park diikuti pelbagai pilihan lagu seperti A Thousand Years, A Town with an Ocean View, dan Spring.

Sebelum berehat penonton juga dihiburkan menerusi persembahan lagu-lagu rancak seperti Eleven Dance dan Caribbean Cool yang berjaya memeriahkan suasana.

Salah satu kemuncak malam tersebut ialah persembahan Song of Mount Wuzhi oleh jurulatih orkestra Yap Ling bersama isterinya pianis Grace Lee yang menyuntik elemen budaya tempatan ke dalam konsert.

Satu lagi kejutan berlaku apabila Wong Chow Hin sendiri mempersembahkan lagu klasik Inggeris berjudul My Way diiringi Yap dengan cello dan Grace Lee di piano.

Bahagian kedua konsert dibuka dengan Friends Forever diikuti skor filem terkenal termasuk Music from La La Land, Highlights from Moana, James Bond, Eleanor Rigby, Game of Thrones, dan Pirates of the Caribbean.

Malam tersebut diakhiri dengan persembahan lagu Try Everything yang melambangkan semangat berani dan berdaya usaha para pelajar.