Beri pesanan kepada penuntut...'Naib Canselor UMPSA bagaikan seorang ibu'

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 3:48 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Yatimah menitipkan sedikit pesanan kepada mahasiswanya sebelum mereka menduduki peperiksaan akhir Semester 1 Sesi 2024/2025.

"Kerana khusyuk memberi pesanan, beliau saya ibaratkan seperti seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya."

Demikian pandangan penulis terhadap Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr Yatimah Alias yang turun padang bertemu mahasiswanya sebelum menjalani peperiksaan akhir Semester 1 Sesi 2024/2025.

Dalam pertemuan itu, Yatimah menitipkan nasihat kepada mereka supaya bertenang dan bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

image is not available
Yatimah

"Selamat maju jaya kepada semua. Tumpukan sepenuh perhatian dan berikanlah yang terbaik," katanya di Dewan Serbaguna UMPSA, Pekan, Pahang pada Isnin.

image is not available

Terdahulu, Yatimah mengagihkan bekalan air dan roti kepada mahasiswa sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman.

image is not available