
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, seorang wanita telah membuat satu reviu crepe yang dibeli daripada kedai Kieda Crepe dalam satu hantaran.
Namun apa yang menjadi perhatian, wanita itu mendakwa crepe yang dibeli tidak sedap seperti yang digembar-gemburkan oleh orang ramai.
“Tak boleh belah wei hampa hampa (anda) kena game dengan Kieda. Sumpah wei seriously tak sedap langsung crepe dia! Crepe custard dia geli wei nak makan, nak muntah, anak makan pun muntah balik.
“Awat selama ni anak aku makan elok je crepe, elok je telan. Nampak sangat wei sana punya tak sedap langsung. Ish tak tahu nak bagitahu lagi mana crepe depa lain singgah la pelik memang tak kena dengan tekak kita, akhir kot kita cuba. Terima kasih tolong belikan sangat-sangat hargai,” dakwa wanita.

Hantaran reviu itu kemudiannya menjadi tular sehingga meraih perhatian ramai.
Wanita mohon maaf selepas reviu crepe dengan memburuk-burukkan makanan tersebut
Terbaharu, wanita itu kemudiannya tampil memohon maaf kepada usahawan, Kieda Crepe atas tindakannya membuat reviu mengenai makanan tersebut.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Kieda Crepe, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Nur Zamilah Shaari atau mesra dipanggil sebagai Zaza telah memohon maaf secara terbuka.
“Untuk penjelasan semua ni, saya minta maaf banyak-banyaklah. Hujung rambut ke hujung kakilah, orang kata kesilapan yang inilah. Saya pun tak sangka benda ni, akan jadi macam ni.
“Saya minta maaf sangat-sangat. Minta maaf sangat-sangat. Kieda saya tak sengaja nak buruk-burukkan nama syarikat,” kata Zaza kepada Kieda.
Malah dia juga memaklumkan untuk tidak mengulangi kesilapan berkenaan.
Kieda enggan panjangkan isu kepada peguam selepas wanita mohon maaf
Jelas Kieda memandangkan wanita terbabit sudah memohon maaf, dia juga enggan memanjang kes itu kepada peguam.
“Jadi biarlah awak semua ada beli produk ke apa. Tak sedap, tak kena kat mulut ke. Ada yang lagi sedap ke. Cukuplah setakat kita ataupun saudara mara. Kita sahaja yang tahu, tak perlu kita kongsikan di media sosial.
“Untuk burukkan lagi syarikat orang sebab di bawah syarikat saya ada banyak isi perut (pekerja) kena isi,” kata Kieda dalam hantaran itu.
Akan pulangkan duit jika buat aduan tak sedap
Malah dia turut memaklumkan sekiranya ia sedap atau tidak pelanggan boleh memaklumkan kepadanya terus dan boleh memulangkan semula wang untuk pembelian terbabit.
Kieda juga menegaskan akan memulangkan semula duit Zaza yang dipercayai telah membeli sebanyak dua paket crepe dari kedainya.
“Mohon semua ambil pengajaran atas tindakan Kieda ni. Kieda takkan berdiam diri selepas ini. Terima kasih semua,” katanya di ruang kapsyen.
Mohon semua ambil pengajaran atas tindakan kieda ni . Kieda takkan berdiam diri selepas ni . Terima kasih semua ☺️ @KiedaCrepeHouse @Kiedacrepepenang2 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KIEDACREPETOUR

![Prince Syed Tayang Beri Isteri Nafkah RM500,000 Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![Niat Asal Nak ‘Ajar’ Pemandu Salah Guna Lorong Kecemasan, Tindakan Dua Rider Ini Cetus Debat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)