Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki

9 Jan 2024 • 10:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

image is not available
Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir

[DIKEMAS KINI]



"Ketika kejadian pada jam 10 pagi, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.

“Suspek telah menyapa mangsa dan mengajaknya menaiki motosikal, kemudian dibawa ke rumah sewanya lebih kurang 700 meter dari rumah mangsa dan mangsa telah dicabul,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[2491748]**

Noor Ariffin berkata, mangsa kemudian telah melarikan diri selepas suspek memberikan wang tunai RM20.

"Bertindak atas maklumat, suspek telah ditangkap pada jam 1.50 pagi, kelmarin (Ahad).

"Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampul membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," katanya.