Beri ruang prospek penjara dekati al-Quran

10 Sep 2026 • 3:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Beri ruang prospek penjara dekati al-Quran

KLUANG – Setiap insan mempunyai kisah silam masing-masing, namun pengalaman gelap tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang membina kehidupan yang lebih baik pada masa depan..

Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Penjara, Nor Haizan Md Isa berkata, bagi prospek beragama Islam, pendekatan al-Quran menjadi antara elemen penting dalam proses pemulihan dan pembentukan sahsiah.

Menurut beliau, al-Quran bukan sahaja mengajar tentang kesabaran dan kejujuran, malah mendidik seseorang mengawal diri, menunaikan amanah, memperbaiki kesilapan serta tidak berputus asa daripada rahmat Allah SWT.

“Atas sebab itulah pendidikan al-Quran mempunyai tempat yang begitu penting dalam agenda pemulihan yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia. Ia bukan sekadar aktiviti keagamaan, tetapi sebahagian daripada usaha membina semula manusia,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Festival Kesenian Islam Perujian Hafazan Al-Quran Peringkat Prospek Zon Semenanjung Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 di Penjara Simpang Renggam di sini, hari ini.

Nor Haizan berkata, Jabatan Penjara turut menyediakan ruang kepada prospek untuk memulakan pembelajaran al-Quran tanpa mengira tahap kemampuan mereka.

“Tiada istilah terlambat untuk belajar dan tidak ada istilah terlalu jauh untuk kembali kepada Allah SWT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Beri ruang prospek penjara dekati al-Quran appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved