‘Beri saya ruang untuk tangani isu ini dengan tenang dan profesional’ – DSV

LocalEntertainment
25 Nov 2024 • 10:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan isu tular mengenai aset yang dimiliki oleh usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida bakal disita, beliau menerusi hantaran di Instagram memaklumkan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu berkenaan.

Ujarnya juga, beliau telah melantik seorang peguam bagi menasihati dan membantu dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

“Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.

“Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan professional,” katanya.

Dalam pada itu, anak sulung beliau yang dikenali sebagai Cik B menasihati orang ramai supaya bertenang mendengar isu berkenaan.

“Guys, sabarlah yang pasal kena sita tu. Insya-Allah semua akan okay,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menyita aset milik usahawan terkenal, Datuk Seri Vida gara-gara gagal menjelaskan bayaran baki tertunggak kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM 1,060,285 pada tahun 2018.