Beri semangat hari pertama, bapa pakai baju sekolah waktu hantar anak-anak

LocalFamily & Parenting
18 Feb 2025 • 7:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
bapa pakai baju sekolah

Seorang bapa pakai baju sekolah sewaktu menghantar anak-anak pada hari pertama sesi persekolahan sebagai salah satu inisiatif memberi semangat kepada mereka.

Menerusi hantaran video yang dibuat oleh boss_samjie_ck di TikTok, dia telah memuat naik video berpakaian seperti pelajar sekolah menengah sewaktu menghantar anak-anaknya di awal pagi sehingga ke pintu pagar sekolah.

Bapa pakai baju sekolah hantar anak-anak

Dapat dilihat dia turut menggalas beg sekolah dan bergambar dengan anak-anaknya sebelum mereka berangkat ke destinasi.

Anak-anaknya juga terbahagi kepada dua apabila ada yang sudah berada di sekolah menengah dan ada yang masih di sekolah rendah.

image is not available

Bapa pakai baju sekolah, siap ada beg & salam cium tangan

Lelaki terbabit juga berpura-pura seperti bersalaman dengan orang tua sebelum memimpin tangan anak-anaknya untuk melintas jalan memasuki perkarangan sekolah.

image is not available

Nampak bapa yang lagi semangat ea

Momen lucu itu telah menuai pelbagai komen daripada netizen di media sosial apabila masing-masing terhibur dengan kerenah bapa kepada lima anak berkenaan.

Ada juga yang berseloroh mengatakan penampilan lelaki terbabit seperti mahu masuk ke dalam kem rekrut dan bukannya seperti pelajar sekolah.

image is not available

Bagus bapa support anak!

image is not available

Ingatkan guru besar tadi

image is not available

Bapanya macam nak pergi rekrut

image is not available

Seronok tengok ibu bapa yang turut bersemangat menghantar anak-anak memulakan sesi persekolahan.

Semoga mereka dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan membesar menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: TikTok boss_samjie_ck