Beri Sokongan Kepada Palestin, Mia Khalifa ‘Dipecat’ Majalah Playboy

Entertainment
11 Oct 2023 • 3:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas pelakon filem dewasa, Mia Khalifa dipecat’ Majalah Playboy selepas memuat naik beberapa ciapan yang meraikan serangan dibuat pihak Palestin terhadap Israel.

Playboy selar tindakan Khalifa

Memetik laporan dari Fox News, pihak majalah dewasa itu menyelar tindakan Khalifa yang terang-terangan menyokong Palestin dalam krisis yang sedang berlaku ketika ini.

Hal tersebut dinyatakan pihak Playboy menerusi emailnya kepada pelakon terbabit.

“Sejak beberapa hari lalu, Mia telah membuat komen yang jijik dan keji apabila meraikan serangan Hamas ke atas Israel dan pembunuhan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah,”

“Di Playboy, kami menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan politik yang membina, tetapi kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk ucapan kebencian. Kami harap Mia faham bahawa kata-kata dan tindakannya ada akibatnya,” kata Playboy dalam e-mel kepada Khalifa.

Dalam pada itu, majalah tersebut juga akan membawa keluar saluran Khalifah dan semua videonya akan disekat.

image is not available

Mia Khalifa dipecat sebab galak serangan terhadap Israel

Difahamkan, kontroversi bermula apabila Mia Khalifa menggalakan pejuang Hamas untuk memuat naik video ketika melakukan serangan terhadap Israel supaya dunia dapat melihat kekejaman yang dilakukan negara haram itu.

Dia juga mengatakan bahawa mereka yang sudah melihat keadaan di Palestin namun tidak berpihak kepada negara itu kini berada di pihak yang salah.

“Jika anda boleh melihat keadaan di Palestin dan tidak berpihak kepada rakyat Palestin, maka anda berada di pihak yang salah dalam apartheid dan sejarah akan menunjukkannya pada masanya akan datang.” tulisnya lagi.

Sumber: Fox News, X miakhalifa