Beri Sokongan Pada ‘Bossku’, 10 Bas Bawa Penyokong Najib Tiba Dari Pekan [Video]

Politics
23 Aug 2022 • 10:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum pasti mengetahui hari ini berlangsungnya sambungan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman atas tujuh tuduhan kesalahan menyelewang dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Atas rasa solidariti dan simpati terhadap bekas Perdana Menteri itu, hampir 400 orang penyokong tegar beliau dari Pekan, Pahang tiba di Istana Kehakiman menaiki 10 bas bagi mengikuti prosiding berkenaan.

Menurut laporan Malaysia Gazette, setiap bas yang dipenuhi 44 orang penumpang telah bertolak dari Pekan sekitar jam 12 tengah malam tadi (22 Ogos).

Rata-rata mereka difahamkan adalah ahli UMNO dari empat sayap bahagian berkenaan.

Bukan pertama kali tapi hari ini paling ramai

Seorang penyokong yang dikenali sebagai Kak Ida berkata, kehadiran hari ini ini bukanlah yang kali pertama buat mereka, kerana ada yang pernah turun untuk mengikuti perbicaraan terdahulu melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini.

Namun kehadiran hari ini adalah yang paling ramai yang pernah dicatatkan oleh mereka.

Tambah wanita itu lagi, rata-rata mereka yang datang membawa doa agar Najib diberi keadilan sewajarnya oleh sistem kehakiman negara.

“Harapan kami hanya satu, biarlah beliau diberi keadilan,” katanya kepada media.

Laungan ‘Hidup Bossku’ sambut ketibaan Najib

Menurut laporan Malaymail,sebaik ketibaaan Najib di perkarangan Istana Kehakiman, ratusan penyokongnya mula menjerit dan melaungkan slogan “Hidup Bossku”.

Najib, 69, sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaimanapun membenarkan permohonan untuk ditangguh sementara menunggu proses rayuan.

image is not available

Baca artikel berkaitan :