Berikan Mereka Kekuatan Dari Dalam untuk Meneroka Dunia Luar

10 Jun 2024 • 10:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Berikan Mereka Kekuatan Dari Dalam untuk Meneroka Dunia Luar

SELANGOR, 1 Jun 2024 –Friso® Gold, jenama tenusu Belanda dengan kepakaran dan warisan yang kukuh sejak 150 tahun lalu dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia, telah melancarkan kempen baharu untuk menyerlahkan kepentingan perlindungan usus dalam membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Dengan tema, “Give Them the Guts to Explore the World (Berikan Mereka Kekuatan Dari Dalam untuk Meneroka Dunia Luar)” kempen ini memperkasakan ibu bapa yang mempunyai anak berumur satu tahun ke atas untuk menguatkan usus anak mereka. Justeru itu, membolehkan mereka meneroka dunia dengan penuh keyakinan.

“Kempen ini terhasil daripada kepercayaan Friso® Gold terhadap khasiat pemakanan semula jadi, memanfaatkan dan memelihara anugerah alam semula jadi dengan sains dan teknologi moden dalam menyediakan susu tepung formula yang membantu penghadaman kanak-kanak.

Oleh itu, kempen ini dimulakan dengan Jerayawara (Roadshow) #GutsToExplore 2024 di Sunway Pyramid, dengan tujuan menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka meneroka dunia persekitaran mereka,” kata Imun Lim, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad.

image is not available
Imun Lim, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad memperkenalkan kempen Friso® Gold “Give Them the Guts to Explore the World” dan formulasi baru yang menampilkan 2’-FL, yang memainkan peranan penting dalam perkembangan mikrobiota usus kanak-kanak.

Jerayawara tersebut juga menampilkan sebuah sesi perbincangan yang dianjurkan sempena Hari Susu Sedunia, dengan tujuan meraikan perkembangan kanak-kanak serta memberikan tumpuan terhadap peranan utama dalam perlindungan usus.

Sesi tersebut telah dihadiri oleh pakar diet dan pemakanan kanak-kanak dan remaja, Rozanna Rosly; serta Pembimbing Keibubapaan (Parenting Coach) dan Pakar Terapi Pertuturan bertauliah, Zuraida Shahime. Turut menyerikan perbincangan ialah pelakon dan model, Eyra Hazali; serta usahawan dan penyokong keibubapaan bermatlamat, Audrey Ooi, yang berkongsikan pengalaman suka duka dalam membesarkan anak-anak sambil memberi tumpuan kepada penerokaan dan pembelajaran holistik.

Dari sudut pemakanan, Rozanna Rosly berkongsi, “Kepentingan pemakanan yang membolehkan kanak-kanak untuk meneroka dengan sihat tidak boleh diremehkan, terutamanya mengenai perlindungan usus yang sering diabaikan. Usus memainkan peranan penting dalam penyerapan nutrien, dan diet yang kaya dengan serat, probiotik dan prebiotik, adalah penting dalam mengekalkan mikrobiom usus yang sihat. Nutrien-nutrien ini menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat, membantu kelancaran penghadaman, serta mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit.”

“Selain itu, usus menghasilkan neurotransmiter utama seperti serotonin, yang penting untuk pengawalan ‘mood’ serta keseimbangan emosi. Dengan melindungi usus anak-anak kita, kita boleh membantu mereka menguruskan tekanan, mengurangkan kebimbangan, mengekalkan emosi yang positif dan seterusnya menyokong proses pertumbuhan mereka,” jelasnya.

image is not available
(dari kiri, selepas pengacara majlis) Pn. Zuraida Shahime, Jurulatih Keibubapaan dan Pakar Terapi Pertuturan bertauliah; Pn. Rozanna Rosly, Pakar Dietetik dan pemakanan kanak-kanak/remaja dari Sunway Medical Centre; Eyra Hazali, Pelakon dan Model Malaysia; Audrey Ooi (FourFeetNine), Blogger dan Content Creator, berkongsi pandangan dan panduan berharga mereka tentang memupuk rasa ingin tahu dan kesejahteraan anak-anak, dengan tumpuan khas pada perlindungan usus.

Sementara itu, mengulas tentang naluri ingin tahu kanak-kanak, Zuraida Shahime berkata, “Kanak-kanak adalah pakar dalam mencari keajaiban dalam perkara-perkara kecil, contohnya seperti bayang-bayang di dinding atau bunyi angin di pokok. Naluri ingin tahu mereka mendorongnya untuk meneroka, menyentuh dan mengalami kesemuanya di sekeliling mereka, membimbing mereka dalam menemui sesuatu yang baharu dan pada masa yang sama mengajar mereka mengenali dunia dan diri mereka sendiri.

Usus yang dilindung membantu dalam proses pembelajaran dan perkembangan mereka, membina asas untuk minda dan jiwa apabila mereka dewasa kelak. Ibu bapa dan para pendidik memainkan peranan penting dalam proses pertumbuhan kanak-kanak dengan mewujudkan persekitaran dan memberikan bimbingan bagi mendorong mereka untuk meneroka dunia persekitaran mereka secara semula jadi.”

Friso® Gold kini memperkenalkan formulasi baharu dengan ramuan tambahan 2’-FL yang memainkan peranan penting dalam perkembangan mikrobiota usus kanak-kanak. Diperbuat daripada Susu Istimewa NOVAS, Friso® Gold dirumus khas dengan 50 nutrien-nutrien penting seperti DHA, Kalsium, Protein, Vitamin dan Mineral untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Teknologi LocNutri digunakan untuk mengekalkan struktur semula jadi protein susu untuk penghadaman yang baik, manakala GOS, nukleotida dan Bifido Lactis dapat meningkatkan penyerapan nutrien dan menguatkan pertahanan dalaman.

Jerayawara Friso® Gold #GutsToExplore 2024 akan diteruskan di Concourse (LG) di IOI City Mall, Putrajaya, East Court dari 3 hingga 9 Jun 2024, dengan pelbagai aktiviti interaktif yang direka khas untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka dunia persekitaran mereka. Ini termasuk zoo haiwan peliharaan kecil, permainan kroket dan istana pasir.