Berita Baik Buat Pizza Lovers, Domino’s Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak

3 Dec 2023 • 9:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Domino’s merupakan rangkaian pizza yang terkenal

Berita Baik Buat Pizza Lovers, Domino’s Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak. Peminat pizza di Sarawak dapat bersorak gembira kerana Domino’s Pizza kini membuka cawangan pertamanya di Kuching!

Sebelum ini, peminat pizza di Sarawak yang rindu Domino’s Pizza terpaksa terbang ke Semenanjung Malaysia untuk mencuba hidangan lazat ini. Namun, kini, penantian rangkaian pizza yang enak ini di Sarawak ini berakhir dengan khabar gembira.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Domino’s muat naik iklan mencari pekerja based in Kuching!

Iklan pekerjaan telah dimuat naik di laman Indeed, mencari individu yang bersemangat untuk menyertai pasukan sebagai Krew Restoran Domino’s Pizza di cawangan baru ini.

Ini adalah peluang yang menarik untuk mereka yang mencari pengalaman dalam industri makanan serta yang ingin menyertai salah satu rangkaian restoran pizza terkenal di dunia.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pasukan Domino’s Pizza di cawangan baru ini, boleh membuat permohonan melalui laman web Indeed.

Dengan pembukaan cawangan baru di Kuching, Domino’s Pizza membawa lebih banyak pilihan pizza yang lazat kepada penduduk Sarawak. Peminat pizza kini boleh menantikan hidangan pizza kegemaran mereka, disediakan dengan cita rasa unik Domino’s.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di bawah:

https://www.iloveborneo.my/port-brunch-menarik-samarahan-terrace-restoran/

https://www.iloveborneo.my/6-nasi-lemak-terbaik-kuching/