Berita Baik Buat Semua, Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 18 Mei Ini

17 May 2023 • 12:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sempena Hari Muzium Antarabangsa

Berita Baik Buat Semua, Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 18 Mei Ini. Untuk meraikan Hari Muzium Antarabangsa, Borneo Cultures Museum di Sarawak telah mengumumkan tawaran menarik bagi masyarakat, iaitu tiket masuk ke muzium secara percuma pada 18 Mei ini.

Muzium ini terletak di Kuching, Sarawak dan mempamerkan pelbagai koleksi yang memaparkan kepelbagaian seni dan budaya etnik di Borneo.

image is not available
Berita Baik Buat Semua, Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 18 Mei Ini

Jadi, tunggu apa lagi, boleh lock the date untuk korang lawat ke sini.

Pengunjung boleh menyaksikan pakaian adat, perkakasan tradisional, seni bina dan seni rupa daripada etnik Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, dan banyak lagi.

Baru-baru ini pihak pengurusan Borneo Cultures Museum telah mengumumkan di laman Facebook rasmi mereka bahawa pada 18 Mei ini mereka bakal tawar kemasukan percuma untuk semua ke Borneo Cultures Museum.

Di muzium ini juga kebanyakannya adalah galeri yang memperagakan pakaian, artifak, dan barangan purba yang pastinya memiliki sejarah yang tidak diketahui ramai walaupun oleh orang-orang Borneo sendiri.

image is not available

image is not available

Bolehlah ambik gamba buat kenang-kenangan bersama keluarga

Bukan itu sahaja, infrastruktur dalaman terutamanya di bahagian kaunter tiket dan resepsi yang serba moden dan cantik. Macam dalam filem Night at the Museum!

Jadi, bagi anda yang ingin mempelajari dan menghayati kekayaan seni dan budaya di Borneo, jangan lepaskan peluang emas ini. Hanya pada 18 Mei, tiket masuk ke Borneo Cultures Museum disediakan secara percuma. Namun demikian, jika anda terlepas peluang ini, jangan bimbang kerana muzium ini terbuka untuk umum dan tiket masuk amat berpatutan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: