Berita Baik Buat Warga Kota Samarahan, Zus Coffee Akan Buka Cawangan Di Summer Mall

8 Jul 2023 • 8:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Zus Coffee bakal dibuka di Summer Mall Kota Samarahan.

Berita Baik Buat Warga Kota Samarahan, Zus Coffee Akan Buka Cawangan Di Summer Mall. Buat penggemar kopi di luar sana, kami ada berita baik untuk anda! Jenama kopi tempatan kegemaran rakyat Malaysia kini bakal membuka satu lagi cawangannya di Bumi Kenyalang ini.

Untk yang tinggal di Kota Samarahan, anda sudah tidak perlu menghadap trafik untuk ke Kuching sekadar ingin mencuba minuman lazat dari Zus Coffee ini.

image is not available
Berita Baik Buat Warga Kota Samarahan, Zus Coffee Akan Buka Cawangan Di Summer Mall. Kredit gambar: Facebook Zus Coffee

Berita baik ini diumumkan oleh Facebook Summer Shopping Mall

Berita baik di mana Zus Coffee bakal membuka cawangan baru di sini telah diumumkan sendiri di Facebook Summer Shopping Mall. Dalam perkongsian tersebut dikatakan bahawa, pusat membeli belah berkenaan berbesar hati mengumumkan Zus Coffee bakal membuka cawangannya di Summer Mall.

Facebook Summer Shopping Mall turut menyeru orang ramai agar mengikuti perkembangan pembukaan Zus Coffee ini untuk menikmati potongan harga dan juga promosi hebat dari mereka.

image is not available
Kredit gambar: Facebook Summer Shopping Mall

Pelbagai jenis kopi dan minuman menarik menanti anda

Zus Coffee menawarkan pelbagai jenis kopi yang di bru segar setiap hari dan minuman menarik serta lazat yang boleh membantu anda untuk dapatkan tenaga bagi memulakan hari anda.

Dengan menawarkan kopi pada harga yang amat berpatutan, Zus Coffee menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dan cawangannya pula kini terus berkembang di seluruh Malaysia.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: