Berita Baik Buat Warga Kuching, Bazar Aidilfitri Satok Bakal Beroperasi Bermula 5 April Ini

3 Apr 2023 • 1:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Acara yang dinanti-nantikan setiap tahun!

Berita Baik Buat Warga Kuching, Bazar Aidilfitri Satok Bakal Beroperasi Bermula 5 April Ini. Memasuki 12 Ramadan, mungkin ramai yang mula teruja membuat persiapan Aidilfitri. Warga Kuching pasti gembira apabila mendapat tahu bahawa Bazar Aidilfitri Satok akan beroperasi bermula pada 5 April ini.

Bazar ini merupakan bazar raya terbesar dan paling popular di Sarawak serta menjadi tarikan utama setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri.

image is not available
Berita Baik Buat Warga Kuching, Bazar Aidilfitri Satok Bakal Beroperasi Bermula 5 April Ini. Kredit: Sarawak editon

Bazar Aidilfitri Satok ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian tradisional, mbiskut, barangan keperluan raya dan banyak lagi. Pendek kata, bazar ini menjadi tempat yang ideal bagi warga Kuching mendapatkan barang-barang persiapan raya!

Berita gembira itu dikongsikan oleh pihak Sarawak Edition menerusi Facebook mereka.

Rugi rasanya kalau tidak berkunjung ke sini walau pun sekali!

Lokasi bazar yang strategik di Pusat Dagangan Satok memudahkan pengunjung untuk mencari keperluan raya dan melihat pelbagai produk yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga tempatan.

image is not available

Pengunjung juga dapat merasa kemeriahan semasa berjalan-jalan di bazar ini dan merasai pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan ini lebih-lebih lagi bazar ini hanya beroperasi sekali setahun sahaja!

Dibuka dari 5 April ini hingga malam raya nanti

Dengan dibukanya Bazar Aidilfitri Satok pada 5 April ini, warga Kuching pasti akan lebih gembira dan meriah semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bazar ini juga dapat membantu para peniaga kecil untuk meningkatkan pendapatan mereka. Oleh itu, sokongan kita sebagai warga Kuching sangat diperlukan bagi memastikan keberlangsungan perniagaan mereka.

image is not available

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Bazar Aidilfitri Satok dan mencari keperluan raya anda!

Baca lagi artikel menarik: