Berita Baik Buat Warga Samarahan, Parkson Bakal Buka Cawangan Di Summer Mall

16 Aug 2023 • 3:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wahh makin meriah la Summer Mall lepasni!

Berita Baik Buat Warga Samarahan, Parkson Bakal Buka Cawangan Di Summer Mall. Baru-baru ini gedung membeli-belah terkemuka, Parkson bakal buka cawangan baru mereka di Summer Mall.

Ini merupakan berita yang sangat menggembirakan bagi penduduk Samarahan yang sering mencari tempat untuk berbelanja dan menghabiskan waktu bersama keluarga.

image is not available
Berita Baik Buat Warga Samarahan, Parkson Bakal Buka Cawangan Di Summer Mall

Parkson dilengkapi dengan semua barang, dari pakaian hingga barangan elektronik.

Dengan pelbagai pilihan barangan yang menarik. Dari pakaian hingga aksesori, dari barangan elektronik hingga perabot rumah, pelanggan akan dapat menemui apa sahaja yang mereka perlukan di sini.

Berita baik di mana Parkson bakal membuka cawangan baru di sini telah dihebohkan di laman Facebook. Dalam perkongsian tersebut dikatakan bahawa, Parkson bakal dibuka pada bulan November ini.

image is not available

Dijangka bakal buka pada bulan November ini

Summer Mall, yang merupakan pusat membeli-belah yang popular di Samarahan, akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran cawangan baru Parkson ini.

Ini akan menambahkan lagi pilihan untuk pengunjung dan menjadikan Summer Mall sebagai destinasi membeli-belah yang lebih menarik.

Jadi, buat warga Samarahan dan sekitar jangan lepaskan peluang ini. Teruskan menunggu ‘update’ dari kami untuk hari pembukaan nanti.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: