

Ada berita baik untuk orang Kluang!
Ini kerana Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan akan mula beroperasi pada 30 Ogos ini.
Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Difahamkan, ia membabitkan laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) - Kluang - KL Sentral.
"Pembelian tiket boleh dibuat elalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), mesin kiosk atau laman sesawang rasmi KTMB," katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan berangkat merasmikan ETS3 bagi laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur, dua hari lepas.


