Berita Baik, KFC Kini Sudah Kembali Beroperasi Di Airport Kuching

15 Feb 2023 • 8:21 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

KFC Airport Kuching sudah dibuka semula.

Berita Baik, KFC Kini Sudah Kembali Beroperasi Di Airport Kuching. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kini sudah menjadi semakin meriah dengan pelbagai pilihan tempat makan menarik.

Bukan sekadar orang yang ingin melakukan penerbangan sahaja singgah ke Lapangan Terbang ini, malah penduduk tempatan juga turut ke Airport singgah ke tempat makan best yang ada di sini.

image is not available
Berita Baik, KFC Kini Sudah Kembali Beroperasi Di Airport Kuching. Kredit foto: FB Hazrul Qaliq

KFC kembali beroperasi semula pada 14 Februari 2023

Restoran makanan segera kegemaran rakyat Sarawak iaitu KFC kembali beroperasi bermula 14 Februari (semalam).

Sebelum ini, KFC cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang terletak di tingkat atas tersebut telah ditutup.

image is not available
Kredit foto: FB Hazrul Qaliq

Kali ini ia dibuka di tingkat bawah

Restoran KFC yang baharu ini pula dibuka pada tingkat bawah Airport Kuching. Pembukaan semula KFC ini mendapat sambutan yang baik dari netizen di media sosial.

Rata-ratanya netizen berasa gembira dengan pembukaan semula restoran makanan segera tersebut.

Jadi kalau anda ada melakukan penerbangan, anda bolehlah makan KFC dahulu sebelum nait belon!

Lagi tempat port lepak baru di Airport Kuching: