Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga bakal dikreditkan sebelum Aidiladha, 5 info penting

13 Jun 2023 • 2:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga bakal dikreditkan sebelum Aidiladha, 5 info penting

SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah.

Ia bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Buat penerima STR, ada berita baik untuk anda kerana pembayaran fasa ketiga akan dikreditkan tidak lama lagi.

image is not available
Kredit foto: Freepik

Berikut adalah lima info berkaitan anda perlu tahu:

1-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan STR fasa ketiga akan dibayar kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Haji.

2-Pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.

3-Berikut adalah jumlah bayaran mengikut kategori dan bilangan:

image is not available

4-Sementara itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 dalam kepada belia berusia 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini.

5-Sebelum ini, sebanyak RM3 bilion daripada Belanjawan 2023 telah dimanfaatkan sebagai bayaran fasa pertama dan kedua STR yang melibatkan 8.7 juta penerima.

image is not available
Kredit foto: Freepik

Berdasarkan pembayaran STR fasa pertama, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

Pembayaran secara tunai pula akan dilaukan di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Semoga bermanfaat!

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi