Berita kematian Abdul Khalid tidak benar

28 Jul 2022 • 10:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Berita yang tersebar di laman sosial berhubung kematian bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah palsu.

Pentadbir laman rasmi Facebook bekas Menteri Besar itu memaklumkan bahawa Abdul Khalid dilaporkan stabil dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

"Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah tidak benar.

"Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar.

"Marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata kenyataan itu di laman sosial tersebut pada Khamis.

Minggu lalu, Abdul Khalid ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara.

Perkara itu dimaklumkan dalam laman Facebook rasminya pada Sabtu dan difahamkan, keadaan Abdul Khalid ketika itu sangat sensitif terhadap persekitaran luar.

Ia menyebabkan pihak hospital mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta mengehadkan jumlah pelawat.

Sementara itu, bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin turut menafikan mesej tular itu dan meminta pihak yang mula menyebarkan berita itu memohon maaf.

"Kita akan keluarkan kenyataan tentang perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved