Berita MP Kepala Batas Dakwa Guang Eng ‘Sepupu’ Lee Kuan Yew Sampai Ke Singapura

Politics
8 Nov 2023 • 4:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
MP Kepala Batas

Tindakan MP Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guang Eng ada hubungan kekeluargaan dengan Lee Kuan Yew dan Chin Peng nampaknya menjadi isu hangat dalam dunia politik minggu ini.

Pihak Lim Guang Eng telah membuat satu sidang media memberikan 48 jam kepada MP Kepala Batas itu untuk mengemukan bukti berhubung dakwaan yang diucapkan pada 4 November 2023 di Kemaman tempoh hari.

Berita dah sampai Singapura

Ternyata, dakwaan yang dibuat oleh Siti Mastura telah sampai ke media Singapura apabila The Straits Times telah mengeluarkan berita berhubung kenyataannya dalam artikel mereka.

image is not available

Malu juga berita MP Kepala Batas sampai ke negara jiran

Pastinya isu tersebut sedikit sebanyak memberi tanggapan negatif kepada negara lebih-lebih lagi jika ia terus tular di media sosial memandangkan belum ada sebarang penjelasan daripada pihak MP Kepala Batas berkenaan.

MP Kepala Batas belum jawab

Menerusi video yang dikongsi Malaysiakini, Siti Mastura juga dilihat enggan menjawab pertanyaan berkaitan dakwaan yang dibuat apabila disoal oleh beberapa MP DAP sewaktu di parlimen.

Terdahulu, Guan Eng yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pihaknya menganggap tuduhan Siti Mastura itu adalah satu fitnah jahat.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya mempunyai sebarang hubungan kekeluargan dengan semua nama yang MP Kepala Batas telah sebutkan.

Tak pasti, jangan kongsi!

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, YB Teo Nie Ching juga telah memuat naik video memberi penjelasan berhubung isu tersebut dan meminta agar MP berkenaan bertanggungjawab diatas kenyataannya serta memberi pesanan supaya tidak berkongsi apa-apa yang sendiri tidak pasti kesahihannya.