“Berita Tersebut Adalah Benar, Saya Dah Bernikah..” – Akhirnya Terjawab Juga, Alif Teega Rasmi Ada Isteri Kedua

Entertainment
26 Nov 2023 • 8:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, personaliti media sosial, Alif Teega telah tampil memberi berita yang mengemparkan warganet kerana ternyata dirinya telah bernikah dengan wanita lain pada 18 November lalu.

Suami kepada personaliti media sosial, Aisyah Hijanah ini membuat hantaran tersebut melalui akaun TikTok dan Instagram baru-baru ini. Katanya, tujuan dirinya mengaku telah bernikah dengan orang lain adalah bagi mengelak sebarang fitnah. Pada masa yang sama, Alif juga ingin menjawab spekulasi yang sedang berlegar tentangnya di media sosial.

Baik, Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah.

Terima kasih khususnya kepada isteri saya, Aisyah Hijanah kerana banayak bersabar walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita menerima hakikat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Bukan itu sahaja, Alif juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada isteri pertamanya yang tabah dalam mengharungi cabaran bersamanya. Dia juga akui itu bukan sesuatu yang mudah bagi seorang wanita. Pada masa yang sama, dirinya berkata bahawa sepanjang perkahwinan bersama Aisyah, tiada sebarang kekurangan yang ada pada isterinya itu.

Ekoran berita tersebut, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut meminta agar orang ramai mendoakan hidup barunya bersama wanita yang baru dinikahi itu. Meskipun tiada sebarang info tentang identiti isteri keduannya itu, Alif tetap berharap agar tiada sebarang spekulasi dan hinaan yang dilemparkan kepadanya dan si isteri berkenaan hal tersebut.

Terdahulu, Aisyah pernah memaklumkan bahawa hubungan rumah tangga mereka sedang diuji dengan kemunculan orang ketiga.

Selain itu, kami konsgikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

"Berkenaan Live Tu.." - Alif Teega Jawab Dakwaan Bakal Bercerai, Perjelas Isu Tegur Isteri Ketika Live