Berita Tular PM Beri Cuti Umum Rabu Ini Adalah Palsu – JPM

Politics
13 Mar 2023 • 11:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Berita Tular PM Beri Cuti Umum Rabu Ini Adalah Palsu – JPM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!”itu adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu.

Sumber: BERNAMA