“Beriya Sangat, Nanti Naik Caption Paling Tersakiti” – Tayang Bahagia Di Media Sosial, Netizen Tegur Da’i Syed Dan Isteri

6 Dec 2023 • 5:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti media sosial dan juga pendakwah selebriti, Da’i Syed baru-baru ini ada memuat naik video memaparkan dia dan isteri, Hana Ismail menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama di Kaherah, Mesir.

Dalam video tersebut, Syed dan Hana dilihat menari mesra selain foto mereka berdua turut dimuat naik di satu hantaran yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL (@daisyed_)

Alhamdulillah. Setahun ibadah kita. Moga Allah panjangkan ibadah ini untuk 50 tahun lagi, Amien..Happy anniversary sayang..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut kedua-dua selebriti itu tampil mendoakan agar rumah tangga yang dibina pasangan ini kekal sampai ke syurga.

Namun, ada juga yang seolah-olah tidak berpuas hati dan menganggap Syed dan Hana terlalu menunjuk-nunjuk kebahagiaan dalam rumah tangga mereka kepada umum.

image is not available

Sumber : Instagram  

Sekadar info, Da’i Syed dan personaliti TV Hana Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu bertempat di Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

Isteri Tak Faham Bahasa, Azlan Komeng Dedah Hakim Mahkamah Syariah Gelak Dengar Penjelasan Isu Cerai - "Dia Kacukan Siam Dan Sepanyol"