Berjaga Malam Selama Seminggu Tonton Piala Dunia, Lelaki Ini Alami Lumpuh Separuh Muka

6 Dec 2022 • 8:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki dari China itu mengalami lumpuh separuh muka kerana berjaga malam selama seminggu berturut-turut

Berjaga Malam Selama Seminggu Tonton Piala Dunia, Lelaki Ini Alami Lumpuh Separuh Muka. Dilaporkan seorang lelaki dari China mengalami lumpuh separuh muka gara-gara berjaga malam selama seminggu berturut-turut untuk menonton FIFA Piala Dunia.

Lelaki terbabit difahamkan tidak terlepas satu perlawanan pun sejak permulaan Piala Dunia tahun ini dan telah tidur selama 2 jam sahaja setiap hari selama seminggu.

image is not available
Berjaga Malam Selama Seminggu Tonton Piala Dunia, Lelaki Ini Alami Lumpuh Separuh Muka

Hanya tidur 2 jam sehari sahaja

Menurut laporan, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Chao, tidak pernah terlepas satu perlawanan sejak permulaan Piala Dunia dan hanya tidur 2 jam sehari sahaja selama seminggu.

Pada 30 November lalu, Chao berkata dia tidur selama 2 jam selepas menonton perlawanan dan berasa letih apabila bangun untuk pergi ke kerja.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Mengesyaki bahawa perasaan lesunya berpunca daripada kurang tidur, Chao meneruskan rutin hariannya dan sebaik sahaja tiba ke pejabatnya, dia merasakan bibirnya senget ke sebelah.

Pada masa itu juga, Chao menyedari bahawa dia telah hilang kawalan kelopak matanya.

Keadaan menjadi lebih teruk walaupun selepas berehat

Tidak terlalu memikirkan tentang perkara tersebut, Chao memutuskan untuk berehat sebentar di pejabat. Namun, keadaan tidak bertambah baik selepas beberapa ketika dan telah menjejaskan kerjanya.

Chao kemudian berjjumpa dengan doktor di sebuah hospital dan disahkan menghidap ‘Bell’s Palsy’, iaitu keadaan di mana seseorang mengalami lumpuh pada muka.

image is not available
Contoh seorang pesakit yang mengalami Bell’s Palsy (kiri). Kredit: Macau Daily Times

Doktor mendapati Chao mengalami lumpuh akibat kurang tidur dan udara sejuk yang sering ditiup terus ke muka menyebabkan dia hilang kawalan ke atas otot muka.

Chao dilaporkan diberi rawatan akupunktur dan urutan muka bagi memulihkan kembali mukannya dan Chao berkata rawatan tersebut telah membantu keadaannya. Dia juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan mereka berikutan kejadian terbabit.

Ya lah, faham-faham juga sekarang ni Musim Bola, tapi pastikan korang berehat secukupnya di antara perlawanan!