Berjam Menunggu, Tular Foto Individu Tertidur Di Kaunter Kerajaan Raih Perhatian Netizen

9 Aug 2023 • 1:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gara-gara berjam menunggu di kaunter kerajaan

Berjam Menunggu, Tular Foto Individu Tertidur Di Kaunter Kerajaan Raih Perhatian Netizen. Sebuah foto yang memaparkan seorang individu tertidur di kaunter kerajaan Sabah tular di media sosial baru-baru ini.

Foto tersebut mengundang simpati netizen yang prihatin dengan keadaan individu tersebut yang mungkin telah menunggu berjam-jam untuk berurusan di kaunter kerajaan.

image is not available
Berjam Menunggu, Tular Foto Individu Tertidur Di Kaunter Kerajaan Raih Perhatian Netizen. Kredit: Facebook

Menurut perkongsian daripada MySabah di Facebook, wanita itu dipercayai berurusan dengan jabatan tersebut sejak bulan Julai tahun lepas bagi urusan dokumen.

Namun, hari demi hari tiada sebarang respons dari agensi tersebut menyebabkan beliau terpaksa ke pejabat mereka untuk menyegerakan urusan pendokumenan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Disebabkan proses pendokumenan yang lama di kaunter tersebut, dia dikatakan keletihan dan tertidur di kaunter itu

Susulan itu, tular rakaman foto beliau di media sosial di mana beliau dilihat keletihan menunggu dan terlelap di atas kerusi di kaunter tersebut.

Gara-gara itu pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen menerusi ruangan komen.

Ini antara reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan-akan menyindir sikap segelintir petugas di kaunter kerajaan yang suka ‘curi tulang’ semasa waktu pejabat. Antaranya suka melepak di kedai-kedai kopi beramai-ramai walaupun masih waktu bekerja.

image is not available

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersimpati dengan wanita itu yang dilihat terlelap gara-gara lama menunggu di kaunter tersebut.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: