
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan seludup keluar 675 liter minyak petrol bersubsidi di perairan Tanjung Pasir pada pagi Sabtu.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, anggota penguat kuasa Maritim Malaysia yang sedang menjalankan operasi pada pukul 2.40 pagi telah mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan bergerak menuju ke perairan Tanjung Pasir.
Berikutan itu, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan suspek berhenti dengan menggunakan pembesar suara dan siren untuk pemeriksaan.
“Setelah menyedari kehadiran anggota penguatkuasa, kapal tersebut terus memecut laju menuju ke kawasan hutan paya bakau berhampiran.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Dua suspek yang berada kapal berkenaan berjaya meloloskan diri dan meninggalkan kapal tersebut.
“Kapal yang menggunakan enjin sangkut 85 kuasa kuda itu berjaya ditahan pada pukul 3 pagi di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara muara Tanjung Pasir, Sandakan,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Nilai rampasan termasuk 27 tong berisi 675 liter minyak petrol bersubsidi, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah RM15,000.
Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


