Berjaya Harumkan Nama Malaysia, Ibu Tunggal Dari Miri Raih 2 Emas 1 Perak Sukan Memanah Di Kazakhstan

10 Aug 2023 • 2:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Atlet wanita pertama Malaysia yang berjaya memenangi acara sukan memanah tradisional

Berjaya Harumkan Nama Malaysia, Ibu Tunggal Dari Miri Raih 2 Emas 1 Perak Sukan Memanah Di Kazakhstan. Anak Sarawak berjaya harumkan nama Malaysia apabila berjaya meraih dua emas dan satu perak di Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa di Kazakhstan.

Sebelumnya beliau juga menjadi atlet wanita pertama Malaysia yang berjaya memenangi acara sukan memanah tradisional di peringkat antarabangsa.

image is not available
Berjaya Harumkan Nama Malaysia, Ibu Tunggal Dari Miri Raih 2 Emas 1 Perak Sukan Memanah Di Kazakhstan

Malaysia juara keseluruhan dengan meraih enam emas, dua perak, dan satu gangsa

Dayang Ferazlyn Abang Sahari berasal dari Miri telah berjaya meraih dua emas dan satu perak, membantu Malaysia dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa di Kazakhstan.

Pasukan memanah tradisional Malaysia telah berjaya mengatasi pelbagai cabaran untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih enam emas, dua perak, dan satu gangsa di kejohanan yang berlangsung di Astana dari 3 hingga 5 Ogos.

Dipetik dari The Borneo Post, Dayang Ferazlyn telah memenangi emas dalam kategori Puta Target (60 meter) dan Zhamby Target (30 meter), serta perak dalam Qalqan Target (50 meter).

image is not available

Beliau merupakan seorang ibu tunggal dengan dua anak perempuan,

Sebelum ini, Dayang Ferazlyn telah memenangi perak di Sukan Solidariti Islam (ISG) di Konya, Turki pada tahun lepas.

Dayang Ferazlyn, yang hampir tidak dapat menghadiri kejohanan tersebut, mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii, yang telah membantu mengumpulkan dana yang diperlukan untuk menampung perbelanjaannya.

image is not available

Banyak kali saya rasa saya tidak dapat pergi kerana masalah kewangan yang mempengaruhi latihan saya. Tambahan pula, saya seorang ibu tunggal dengan dua anak perempuan, termasuk seorang yang mempunyai ASD (autism spectrum disorder) ringan,” kata Dayang Ferazlyn.

Beliau menghabiskan masa selama 30 jam dari Miri ke Astana, termasuk transit di Beijing.

Dayang Ferazlyn menggesa pihak berkuasa memberi lebih sokongan kepada sukan ini yang mempunyai potensi untuk berkembang, termasuk di kalangan wanita dan kanak-kanak.

image is not available

“Saya berharap dengan pencapaian ini, ia akan membuka mata pihak yang berkenaan tentang potensi sukan ini dan memberi sokongan kepada kami dari sekarang,” tambahnya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: