Berjaya Jawab Kuiz Dengan Mudah! Pelancong Malaysia Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’ Tular

LocalEntertainment
22 Sep 2025 • 2:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam episod terbaharu ‘Running Man’, segmen kuiz jalanan bersama pelancong asing mencuri perhatian apabila seorang pelancong dari Malaysia berjaya membantu ahli rancangan menyelesaikan misi hanya dengan sekali percubaan.

Misi tersebut memerlukan pelancong menyambung suku kata terakhir perkataan yang diberikan ahli ‘Running Man’. Ketika giliran tiba, salah seorang ahli menyebut “Gangnam”, dan tanpa teragak-agak, pelancong Malaysia itu menyambung dengan jawapan tepat, “Namdaemun”.

 

View on Threads

 

Aksi spontan itu membuatkan semua ahli ‘Running Man’ bersorak gembira kerana berjaya melunaskan cabaran dengan mudah. Lebih menarik, peminat di media sosial khususnya di Threads meluahkan rasa bangga apabila individu dari Malaysia berpeluang muncul dalam rancangan popular Korea Selatan itu.

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen menyatakan rasa teruja, malah ada juga yang mengaku sedikit cemburu kerana pelancong Malaysia tersebut seakan menjadi “tetamu khas” dalam rancangan kegemaran ramai.

image is not available

“Bangga betul tengok orang Malaysia masuk Running Man walaupun sekejap!” tulis seorang pengguna Threads.

Tak dinafikan, momen singkat ini berjaya mencipta kebanggaan buat penonton Malaysia yang sememangnya mengikuti rancangan Running Man sejak sekian lama.

image is not available 2025-08-27 15:22:56

Ji Yeeun Berehat, Netizen Kesal Dengan Ketaksuban Peminat 'Running Man' - "Dulu Jeon Somin Kena"