Berjaya Luaskan Empayar Sampai Semenanjung, Kenali Kedai Kopi Ori Sarawak The Brew Crew

12 Dec 2022 • 9:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom cuba keenakan Kopi freshly brewed di The Brew Crew Coffee and Tea!

Berjaya Luaskan Empayar Sampai Semenanjung, Kenali Kedai Kopi Ori Sarawak The Brew Crew. Kedai Kopi The Brew Crew Coffee and Tea merupakan kedai milik anak Sarawak yang telah berjaya membuka cawangan mereka sehingga ke Selangor. Jom kita ketahui sedikit sebanyak mengenai kedai kopi yang Awesome ini!

image is not available
Berjaya Luaskan Empayar Sampai Semenanjung, Kenali Kedai Kopi Ori Sarawak The Brew Crew. Kredit gambar: @thebrewcrewmy

Bermula dari sebuah kedai di tapak pasar malam di Miri

Pada April 2016 “The Brew Crew Coffee and Tea” diasaskan oleh saudara Adib Abdul Ghani dan bersama rakan-rakannya. Pada awal perniagaan, The Brew Crew Coffee and Tea bermula dari sebuah kedai di tapak pasar malam yang terletak di Miri, Sarawak dan mereka menyediakan kopi yang berkualiti dengan harga amat berpatutan supaya ramai boleh menikmati kopi mereka. 

Keistimewaan kopi yang dihidangkan adalah, setiap hidangan dipastikan freshly brewed. Biji kopi yang digunakan pula adalah biji kopi asli dan dikisar sendiri oleh pekerja mereka setiap kali menyediakan hidangan kopi bagi memastikan keaslian rasa kopi itu sendiri.

image is not available
Kredit gambar: New Sarawak Tribune

Menu terlaris atau Bestsellers

Menu terlaris atau bestsellers mereka ialah Borneo Latte dan Signature White Kopi. Selain itu mereka juga menyediakan beberapa menu kopi yang menarik seperti Nutella Mocha Latte, Americano, Cappucino, Lavender Latte dan pelbagai lagi jenis kopi yang lain.

Anda juga boleh mengubah rasa kopi mengikut kesesuaian cita rasa anda dengan menambah expresso shot dan nutella disertai dengan kepelbagaiaan toppings lain pilihan anda.

Bagi yang tak minum kopi tu, jangan risau mereka juga menyediakan hidangan yang tidak berasaskan kopi seperti Iced Shaken Floral Tea, Matcha Latte, Royal Chocolate dan lain-lain.

image is not available
Kredit gambar: @DonsBurgerMY

Lokasi The Brew Crew

The Brew Crew kini mempunyai beberapa cawangan di Sarawak iaitu, Wireless Walk, Miri, Sarawak dan The Brew Crew Express, @ Don’s Burger Al-Bayt Square, Miri, Sarawak.

Di Semenanjung Malaysia pula, lokasi mereka terletak di The Brew Crew, Central I-City Mall, Shah Alam, The Brew Crew, Menara Serba Dinamik dan The Brew Crew Express @ Ascen+ Pharmacy, Tropicana Gardens Mall.

Waktu operasi The Brew Crew di Sarawak bermula pada jam 8:30 pagi hingga 10 malam setiap hari. Manakala di semenanjung Malaysia ialah pada jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari atau bergantung kepada SOP negeri/daerah masing-masing.

Pada penggemar kopi diluar sana, boleh lah mengambil kesempatan ini untuk merasa keenakan dan keunikan kopi yang disediakan anak jati Sarawak di The Brew Crew Coffee and Tea!

Lagi di sini:

View Original Article