Berjaya nafi laporan bincang buka kasino di Forest City

Business & Finance
26 Apr 2024 • 5:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: FMT

PETALING JAYA: Berjaya Corporation Bhd menafikan satu laporan Bloomberg bahawa pengasasnya Vincent Tan, terbabit dengan perbincangan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membuka sebuah kasino di Forest City, Johor.

Berjaya dalam kenyataan berkata, berita itu yang turut dilapor The Edge Singapore, mengandungi maklumat tidak tepat dan memberi gambaran yang salah pembabitan syarikat itu dalam perbincangan dengan Anwar berhubung Forest City.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Tan tidak mengambil bahagian dalam sebarang rundingan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dikemukakan dalam artikel berkenaan,” kata kenyataan itu.

Berjaya juga meminta Bloomberg dan The Edge Singapore untuk memadamkan kandungan yang mengelirukan daripada artikel itu dan pemberhentian penyebaran maklumat yang tidak tepat.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kami percaya bahawa pihak yang bertanggungjawab akan memahami kebimbangan kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Bloomberg semalam melaporkan Anwar bertemu Tan dan CEO Kumpulan Genting, Lim Kok Thay pada minggu lalu untuk membincangkan pemberian lesen kedua kasino di Malaysia.

Memetik sumber, Bloomberg melaporkan kewujudan kasino itu akan memulihkan projek hartanah bernilai USD100 bilion di kawasan itu.

Laporan itu turut menyebut perjudian adalah salah satu sektor yang paling dikawal selia di Malaysia, dengan lesen kasino perlu diperbaharui setiap tiga bulan mengikut budi bicara menteri kewangan.

Bagaimanapun, Anwar yang juga menteri kewangan menafikan laporan itu dengan berkata, “Tiada…mereka bangkit (berkenaan) lesen kasino…itu tipu.”

Genting memegang lesen kasino tunggal Malaysia sejak 1969 dan mengendalikan satu-satunya kasino negara di Genting Highlands.

Pada 2014, New Straits Times melaporkan Tan mahu menghidupkan semula rancangan untuk mengendalikan kasino di Berjaya Hills Resort di Pahang.

Laporan itu mengatakan bahawa Tan telah memohon lesen untuk mengendalikan kasino di Berjaya Hills sejak 2004 namun ditolak susulan bantahan ramai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.