Berjaya Sompo bekerjasama dengan Yayasan Generasi Gemilang dekati komuniti B40 melalui program santun masyarakat

27 Dec 2022 • 10:25 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sepanjang tahun 2022, Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”), di bawah inisiatif Social ESG syarikat, telah bekerjasama dengan Yayasan Generasi Gemilang untuk mendidik dan menyediakan keperluan asas kepada golongan rentan bagi membantu kehidupan mereka serta menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak dalam komuniti B40.

Kerjasama ini menyaksikan sukarelawan dari Berjaya Sompo dan Generasi Gemilang menyantuni kira-kira 100 keluarga dalam komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) melalui pelbagai program seperti program pemakanan anak kecil, iaitu program perlindungan sosial menumpu pada pemakanan di PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang. Ia bertujuan meningkatkan pemakanan dan kesihatan kanak-kanak di bawah umur tiga tahun yang mengalami ‘beban tiga kali ganda’ masalah kekurangan zat makanan (kurang pemakanan, kelaparan tersembunyi, dan kekurangan mikronutrien). Aktiviti yang dijalankan bersama ibu bapa dan kanak-kanak adalah seperti pendidikan pemakanan serta aktiviti keterlibatan yang bertujuan membina kesedaran tentang pemakanan melalui penyediaan hidangan kreatif, justeru menggalakkan kanak-kanak untuk makan secara sihat.

Berjaya Sompo dan Generasi Gemilang juga menganjurkan sesi pementoran pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak mengalami peluang pembelajaran secara inklusif. Setiap sukarelawan yang ditugaskan kepada sekumpulan empat pelajar telah mengunjungi Muzium Coklat, di mana kanak-kanak mempelajari tentang sejarah coklat di samping berpeluang menikmati beberapa jenis coklat. Kelas memasak telah diadakan sebagai sebahagian daripada program pemakanan kanak-kanak kecil di mana ahli keluarga dapat berkumpul dan belajar cara menyediakan makanan sihat sambil menjimatkan kos.

“Artikel UNICEF melaporkan bahawa sebelum pandemik COVID melanda, 5.6 peratus isi rumah Malaysia (405.4 ribu) hidup dalam kemiskinan. Pada 2020, jumlah isi rumah yang hidup dalam kemiskinan meningkat kepada 639.8 ribu orang akibat pandemik ini. Kajian tersebut menunjukkan bahawa keluarga terjejas serta anak mereka yang tinggal di rumah pangsa kos rendah mengalami kemiskinan pelbagai dimensi akibat kekurangan zat makanan dan akses lemah kepada pendidikan. Kami berbesar hati mempunyai Yayasan Generasi Gemilang sebagai rakan kongsi dalam usaha kami untuk memainkan peranan demi kesejahteraan dan keterangkuman sosial keluarga seperti ini melalui inisiatif yang membawa perubahan positif kepada komuniti B40 di Malaysia,” kata Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo Insurance.

Puan Melissa Ngiam, Ketua Pegawai Eksekutif Generasi Gemilang, menambah, “Satu perkara lain yang timbul akibat pandemik ini ialah rakyat Malaysia dipenuhi sikap belas kasihan. Bersama dengan Berjaya Sompo, kami dapat menyediakan perkhidmatan secara bersemuka untuk menangani isu pemakanan dan celik huruf, membolehkan kami menghulurkan bantuan yang lebih diperibadikan dan bukan sekadar memberi sumbangan. Bersama-sama, kami melihat 30 keluarga dan 80 pelajar menjadikan kelas memasak secara berkeluarga sebagai suatu kenangan masyarakat manakala lawatan ke muzium pula meraikan usaha pembelajaran dan pertumbuhan sahsiah pelajar kami. Dengan berganding bahu, kami bukan sahaja memastikan tidak ramai akan ketinggalan tetapi semangat keprihatinan yang dikongsi dalam masyarakat kita diteruskan kepada generasi akan datang, menjadikan ini satu lagi langkah dalam merapatkan jurang membanteras kitaran kemiskinan.”

Berjaya Sompo berusaha untuk terus menyumbang ke arah usaha pendidikan mampan yang bertujuan memperkasa dan melengkapkan kanak-kanak dari semua lapisan masyarakat dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi masa depan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.berjayasompo.com.my. - Bernama

View Original Article