Berjaya Sompo umum pelantikan Soo Wai Har sebagai CEO mulai 1 April 2026

LocalBusiness & Finance
26 Mar 2026 • 4:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Berjaya Sompo umum pelantikan Soo Wai Har sebagai CEO mulai 1 April 2026 image is not available johardy26/03/2026 - 16:33 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Mac - Berjaya Sompo Insurance Bhd melantik Soo Wai Har sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat kuasa 1 April 2026.

 

Beliau menggantikan Tan Sek Kee yang bersara selepas memimpin syarikat sejak 2017. Tan akan kekal bersama Berjaya Sompo sehingga Jun 2026 bagi memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar.


 

image is not available
Tan Sek Kee

 

Soo membawa pengalaman lebih 30 tahun dalam industri insurans global dan akan memacu keuntungan mampan, skala operasi serta keupayaan kumpulan di Malaysia sebagai pasaran utama Asia Pasifik (APAC), sambil menyokong pertumbuhan serantau dan kecemerlangan operasi.

 

Berpangkalan di Kuala Lumpur, beliau akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif APAC, Insurans, Kenneth Reilly.

 

Beliau merupakan Akauntan Bertauliah di bawah Malaysian Institute of Certified Public Accountants. - DagangNews.com

Terkini standard